Malaikat

BENTUK TUBUH MALAIKAT DAN KEAJAIBANNYA

Malaikat adalah jisim nuraini iaitu jisim yang sangat lembut dan halus. Ia boleh berupa apa saja. Ia tidak mempunyai jantina, tidak bersifat seperti lelaki atau wanita dan sentiasa taat kepada perintah Allah. Ia mempunyai kudrat dan kekuatan yang luar biasa.

Malaikat tidak mempunyai nafsu. Oleh itu ia tidak berkahwin, tidak makan dan tidak mempunyai sebarang keinginan yang bersifat duniawi. Malaikat tidak mempunyai zuriat dan keturunan ataupun salasilah dan ia tidak boleh dipanah atau ditembak.

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci rupa bentuk dan organ tubuh malaikat, begitu juga hadis Nabi mahupun pendapat para ulama. Ini disebabkan rupa bentuk dan organ malaikat halus dan sangat menakjubkan.

BERSINAR BAGAI MATAHARI

Bara’ bin Azib telah meriwayatkan yang dipetik dalam hadis Sunan Abi Daud, Hakim, Ahmad dan lain-lainnya meyebut sebagai berikut: “Sesungguhnya jika orang mukmin, maka ketika dia akan keluar dari dunia ini (mati) dan menuju ke alam akhirat, dia didatangi malaikat yang turun dari langit dengan muka yang putih berseri. Seolah-olah wajah malaikat itu seperti sinar matahari. Mereka itu membawa kain kafan yan dibawa dari syurga. Mereka juga membawa wangian dari syurga. Malaikat datang sambil duduk sejauh mata memandang.

Kemudian datanglah malaikatulmaut duduk di sisi kepalanya. Malaikat mengatakan “Hai nafas yang baik (tenang), keluar lah engkau sekarang dengan mendapatkan keampunan daripada Allah dan kerelaanNya.”

Kemudian keluarlah roh itu seperti mengalirnya sebuah titisan daripada satu minuman, kemudian malaikat pun mengambil roh itu.

KASAR DAN HITAM

Dalam hadis yang lain pula dijelaskan “ Sesungguhnya jika orang yang akan dicabutnya itu roh orang yang kafir (dalam riwayat yang lain: orang yang ‘fajir’ ertinya penjahat, penzina atau pendusta) maka ketika orang itu di dunia lalu dia didatangi malaikat yang turun dari langit (yang keadaannya keadaannya kejam dan kasar) dengan rupannya yang hitam.

Dengan membawa pakaian yang berbulu, lalu mereka duduk darinya sejauh mata memandang. Lalu malaikatulmaut (Izrail) datang dan duduk di sisi kepalanya, sambil mengatakan: “ Hai roh yang jahat, keluarlah engkau sekarang menuju kemurkaan Allah dan kemarahanNya.”

Lalu dipisahkan roh daripada tubunya, laksana dicabutnya bulu basah oleh besi panas (yang kemudian diikuti putus peluhnya dan urat sarafnya).” Hadis riwayat Hakim, Abu Daud Ahmad dan lainnya. Semasa berlaku, mereka yang hidup berada disampingnya tidak tahu apa-apa, tidak melihat sesuatu sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: “ Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan, padahal kamu ketika itu melihat. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, ketika kamu tidak melihat.” Surah al-Waqiah: 83-85.

RUPA JIBRIL YANG ASLI

Terdapat dalam kitab Baidhawi, daripada Ibnu Abbas, telah Rasulullah S.A.W kepada Jibril a.s untuk melihat rupa asal Jibril a.s. Maka berkata Jibril: “ Tiada engkau kuasa untuk melihat demikian ini.”

Kata Rasulullah: “Benar.” Tanya Jibril a.s: “Dimana engkau kehendaki aku rupakan diriku padamu?”

Maka Rasulullah mencadangkan beberapa tempat di tanah Arab, tetapi Jibril a.s menolak cadangan Rasulullah itu kerana tidak cukup besar untuk Jibril a.s menampakkan dirinya pada rupa asalnya. Lalu Jibril a.s pergi ke suatu tempat lalu menukar dirinya dalam rupa yang asal secara perlahan-lahan yang memenuhi di antara timur dan barat, kepalanya pada langit dan kakinya di dalam bumi.

Apabila dilihat Rasulullah rupa Jibril a.s lalu rebahlah Rasulullah dan pengsan. Kemudian Jibril a.s pun menukar rupanya dan memeluk Rasulullah kemudian berkata, “Jangan engkau takut.”

RUPA MALAIKAT MALIK

Mansur bin Amar berkata; “Telah sampai kepadaku riwayat malaikat Malik yang ditugaskan menjaga neraka itu mempunyai tangan yang banyak sekali seramai bilangan penghuni neraka dan pada setiap kaki nya ada tangan yang mendirikan, mendudukkan dan mengikat dengan rantai.”

Kalau malaikat Malik memandang ke neraka penghuninya akan memakan sesama mereka kerana takutnya mereka kepada malaikat Malik. Huruf Al-Basmalah itu ada 19 dan bilangan huruf az-Zabaniyah juga ada 19. Mereka dinamakan demikian (Zabaniyah) kerana mereka itu boleh bekerja dengan kaki seperti mereka bekerja dengan tangan. Satu malaikat Zabaniyah boleh mengambil 10,000 orang dengan salah satu tangan, 10,0000 dengan salah satu kakinya, 10,000 dengan tangan yang lain dan megambil sedemikian dengan kaki yang lain.

Malaikat Zabaniyah boleh menyeksa 40,000 orang kafir serentak dengan kekuatan dan kedahsyatannya. Malaikat Malik ialah penjaga neraka kemudian malaikat di bawahnya setiap pemimpin itu ada penjaganya yang bilangannya hanya Allah s.w.t yang mengetahuinya. Mata mereka laksana kilat yang menyambar, giginya seperti putihnya tanduk lembu, bibirnya menyentuh telapak kaki dan mulutnya mengeluarkan api. Antara 2 bahu setiap malaikat jauh perjalanan satu tahun.

SAYAP MALAIKAT

Rasulullah s.a.w bersabda: “ Apabila telah sampai ajal seseorang itu akan masuklah sekumpulan malaikat ke dalam lubang kecil dalam badan dan kemudiannya mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari mulut sehingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut sehingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Akhir sekali datang lagi sekumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya sehingga ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasulullah lagi: “ Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril a.s akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukkannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril a.s.

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril a.s akan menebarkan sayap ke sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukkannya di neraka dan dalam pada masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

SEBAIK-BAIK RUPA

Allah s.w.t mewahyukan kepada malakat Izrail: “Wahai Izrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu lakukan dengan cara yang paling lembut. Apabila kamu pergi ke rumahnya, minta izinlah terlebih dahulu kalau dizinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau tidak diizinkan kamu masuk hendaklah kamu kembali kepadaku.”

Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah daripada Allah s.w.t maka malaikat Izrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat izrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w ia pun memberi salam: “Assalamualaikum yaa ahli baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?” (Mudah-mudahan keselamatan tetap utnuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risalah, bolehkah saya masuk?)

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam dia pun berkata, “Wahai hamba-Allah, Rasulullah s.a.w sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.” Kemudian malaikat Izrail mengulangi perkataanya lagi dan kali ini seruan malaikat itu didengar Rasulullah dan Rasulullah bertanya kepada Fatimah r.a “Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu?” Fatimah menjawab dengan berkata: “Yang Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggil tuan dan aku telah katakan kepadanya tuan sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga berasa gigil badan saya.”

Kemudian Rasulullah berkata: “ Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?” “Tidak, ayah.” Jawab Fatimah. “Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fatimah tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui saat perpisahan dengan ayahandanya akan tiba, dia menagis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah mendengar tangisan Fatimah, Baginda pun berkata; “Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang pertama dama keluargaku akan bertemu Rasul.” Kemudian Rasulullah pun menjemput malaikat Izrail masuk. Malaikat Izrail pun masuk dengan berkata: “Assalamualaikum ya Rasulullah.”

Lalu Rasulullah menjawab: “ Waalaikas saalamu, wahai Izrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?” Maka berkata malaikat Izrail: “Kedatangan saya adalah untuk mencabut rohmu, itu pun kalau tuan izinkan aku, kalau tuan tidak izinkan aku akan kembal.”

MENYERUPAI LELAKI GAGAH PERKASA

Pada suatu hari yang tidak disangka-sangka, datanglah 2 malaikat yang berbentuk manusia minta izin kepada pegawai istana bertemu Nabi Daud, mengadu sesuatu perkara. Pegawal itu tidak tahu yang datang itu adalah malaikat yang menyamar sebagai lelaki yang gagah perkasa. Kemudian permintaannya itu tidak dikabulkan oleh pengawal dan penjaga istana. Apalagi, hari itu bukanlah hari untuk menyelesaikan dan menghukum perkara yang berkaitan kehidupan rakyat.

Pengawal berasa hairan dan tercengang melihat keadaan yang luar biasa yang tidak pernah terjadi, 2 orang lelaki yang diizinkan masuk tadi, tiba-tiba sudah berada dalam bilik Nabi daud. Sedangkan istana dijaga rapi dan semua pintu ditutup rapat.

Setelah merak muncul di hadapan Nabi daud, Baginda juga terkejut kerana dia tidak pernah mengizinkan kedua orang itu masuk. Nabi Daud tidak menyedari kedua-dua lelaki itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk memberikan peringatan kepadanya.

Kedua-dua lelaki itu duduk berhampiran Nabi Daud lalu berkata: “Jangan takut hai Daud, kami ini 2 bersaudara yang bertentangan antara satu sama lain. Oleh sebab itu berilah kami hukuman yang benar mengenai perselisihan dan pertentangan kami ini. Jangan engkau hukum kami dengan hukuman yang tidak adil.”

Nabi Daud tidak dapat menolak perkara yang sudah ada di hadapannya itu, sekalipun hari itu bukanlah hari menyelesaikan perkara. Kemudian Nabi daud berkata: “Wahai tuan, apakah perkara yang akan engkau sampaikan kepada saya?”

Lalu lelaki itu berkata: “begini wahai Daud, saudara saya ini telah memiliki 99 ekor kambing, sementara saya hanya mempunyai seekor kambing. Saudara saya telah meminta seekor kepunyaan saya itu diserahkan kepadanya agar kambingnya genap seratus ekor. Walaupun telah berulangkali meminta, saya tetap menolak kerana kambing selain yang seekor itu.”

Setelah Nabi Daud mendengar pengaduan lelaki itu, lalu baginda bertanya kepada lelaki yang mempunyai 99 ekor kambing itu: “Benarkah apa yang disampaikan oleh saudaramu itu?”

Jawab lelaki itu: “Benar ya Daud, hal itu saya lakukan agar cukup bilangan kambing saya genap 100 ekor.” Mendengar jawapan itu, marahlah Nabi Daud dengan merah padam, badannya gementar. Dengan suaranya yang keras dia berkata kepada orang yang mempunyai 99 ekor kambing itu, “Tuntutanmu kepada saudaramu itu tidak baik, kalau kamu masih menuntut juga, akan saya pukul dahi dan hidungmu.”

Mendengar kata-kata yang diucapkan Oleh Nabi Daud itu, lelaki itu berkata: “Hai Daud sebenarnya engkaulah yang lebih baik dipukul sebab engkau sudah mempunyai 99 isteri lalu engkau kahwini lagi dengan seorang perempuan yang memiliki suami yang bernama Sabiq binti Syaik.”

Mendengar kata-kata yang diucapkan oleh laki itu, Nabi Daud tertunduk kepalanya dan gementar badannya. Sedarlah Baginda hakikat keadaan yang dihadapinya bahawa yang dihadapannya itu adalah 2 malaikat yang diutuskan oleh Allah untuk membetulkan kesilapannya.

MENYERUPAI SEEKOR BURUNG

Malaikat Jibril yang memenuhi perintah Allah, turun ke bumi dengan menyerupai seekor burung yang terbang di angkasa. Kemudian Jibril menghampiri Rasulullah yang sedang bermain dengan kawan-kawan sebayanya. Jibril langsung membawa terbang Rasulullah jauh daripada kawan-kawannya yang terkejut dan lari tunggang-langgang kerana ketakutan.

Jibril membawa Baginda ke sebuah padang yang tumbuh sebatang pohon rendang. Di bawah pohon itu Baginda dibaringkan oleh Jibril. Lalu, mulailah proses pengoperasian terhadap diri Rasulullah s.a.w. Mula-mula Jibril membuka baju Baginda, kemudian membelah dadanya. Setelah itu dikeluarkan hati Baginda dan dibasuh dengan air syurga.

Kemudian malaikat Jibril membuang bahagian hati Rasulullah yang menjadi bahagian bisikan syaitan sehingga kemudian hari. Baginda selalu terlindung daripada godaan syaitan yang terkutuk.

Setelah pembedahan selesai, Jibril berkata, “Ini adalah hati yang telah disucikan oleh Allah daripada segala kecacatan!” Kemudian, Jibril pun pergi meninggalkan Baginda seorang diri di tempat itu.

ãCerita yang dipetik daripada Majalah Pesona bulan Oktober 2002.

Advertisements

gadis pilihan

gadis-pilihan.pps

ASSALAMUALAIKUM…

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!